♥ FIKIR YANG BAIK-BAIK , CAKAP YANG BAIK-BAIK , SANGKA YANG BAIK-BAIK . INSYAALLAH DAPAT YANG BAIK-BAIK ♥

Pengikut Setia

Tinggal jejak anda untuk digodek semula ~

Sifat-sifat Hantu Yang Perlu Di Contoh

Assalamualaikum. Salam Jumaat! 

1. Toyol 
Masih kecil sudah berdikari, boleh cari wang sendiri. Tak harap pada mak ayah dan duit  bantuan atau subsidi untuk bergerak nak buat kerja. Lincah dan kreatif dalam usaha mencari nafkah.

2. Pontianak
Susah senang selalu tertawa, ini menunjukkan kepribadian pontianak
ini optimis. " Don't worry,be happy ". Orang kutuk pun dia gelak sebab yang kutuk selalunya lebih bangang daripada dia. Lebih teruk jika ada manusia yang ketawa mengilai lagi teruk dari dia.

3. Pocong
Dari dulu bajunya tak pernah ganti, ertinya dia tidak tertarik untuk menjadi hamba fashion, sangat bersahaja. Manusia sanggup berhabis duit untuk beli pakaian tapi waktu orang minta derma sanggup bohong bagitau tak ada duit. Padahal Allah tahu apa yang kita cuba tipu DIA. Bersyukur dengan apa yang ada dan tak mencuri kalau sesak.

4. Hantu air
Walau selalu menetap di lautan, tapi pakaiannya selalu lengkap dan sopan, dia tak pakai baju renang, ertinya dia selalu menjaga etika dan kehormatan. Malulah sikit manusia yang suka pakai seksi dan tak malu dedah aurat.

5. Jerangkung
Datang tak diundang, pulang tak dihantar, ertinya dia tak mahu menyusahkn orang lain. Kuat berdikari dan selalu ketawa happy.
6. Jebon
Ini adalah makhluk halus yang paling istimewa, walau mukanya buruk, hancur, badannya bau, dan menakutkan tapi sifatnya sangat sabar dan redha kerana di ciptakan begitu...
Buktinya dia baca entry ni sampai habis. Hehehe... terima kasih!
  
P/s :Disebalik keburukan seseorang pasti ada juga kebaikkannya dan semoga kita akan berusaha menjadi lebih baik daripada hantu-hantu ni. Just for fun dan renungan... kbai!

Sumber : 


THANKS FOR READING !

3 comments:

  1. Wakakkakakkaa.....masing2 ade kelebihan kat hantu2 ne...kalau cik jadik hantu cik nak jadik pocong.Tak tertarik dengan hamba fesyen..hewhewhew

    ReplyDelete

Leave comment yaww . . terima kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@juearel.blogspot.com/Hak Milik Kekal Junaida Johari