♥ FIKIR YANG BAIK-BAIK , CAKAP YANG BAIK-BAIK , SANGKA YANG BAIK-BAIK . INSYAALLAH DAPAT YANG BAIK-BAIK ♥

Pengikut Setia

Tinggal jejak anda untuk digodek semula ~

Aku, Karaoke dan Suara

Assalamualaikum



Hohoho! Mengantuk gilaa hari ni. Pegang fon pun boleh terlepas bawah meja. Padahal semalam tak lah lewat sangat aku tidur kalau nak banding kelmarin. Pukul tiga pagi baru boleh lelap. Mengada lah mata ni! 
Padan lah dengan muka, dah tau esok kerja nak jugak p karok. But apa-apa pun aku puas. Puas dapat lepaskan nafsu 'anak tekak'. kohkohkoh (gelak perogol bersiri)

 

P/s : Gambar lama, just nak kaitkan dengan entry. Semalam tak sempat snap pun. 

Sebelum aku start entry, eh bukan dah start ke? Abaikan... Sila baca tajuk atas tu. Dah baca tengok bawah sini balik. Ekceli aku takmau ceqhita sangat pun pasal suara. Just nak share lagu-lagu yang aku selalu 'sumbang' kan bila karok. Tak kisah laa kat mana pun even tengah meneran pun sempat lagi. Tu kekdahnya untuk make sure segalanya berjalan dengan lancar. bhahaha.... 

Okay aku seperate kan  ikut zaman sebab bila zaman dah berubah, lagu pun mula berubah. Ye dak? Huhuhu, bajet macam dah berzaman aku hidup. Ngeee....

Zaman Sekolah

Time ni aku lebih prefer lagu jiwang sebab kami ahli geng 'pendek' (slow sikit)  memang kuat feeling time kat hostel dulu. Gosok baju melalak, mandi melalak, tengah mop lantai pun melalak. Last-last kena denda sental taik burung kat koridor pun sebab melalak jugak. Hahahaha... 

  • Di Sana Menanti Di Sini Menunggu - Ukays
  • Mahligai Dari Airmata - Lestari
  • Hiasan - Olan
  • Niat Hati Taknak Berpisah - Arrow
  • Siapa Yang Rampas Cintamu - Ukays
  • Biar Putih Tulang - Dinamik
  • Cinta Kain Putih - Putra
  • Harum Subur Dihati - BPR
  • Penantian - Blackrose
  • Bidadari - Lela
  • Permaisuri - Data
  • Izinkan Selamanya Nama Mu Di Hati - E.Y.E
  • Bila Cinta Di Dusta - Screen



     

    Tu antaranya lah yang aku ingat. karok dalam karoke jamban je. Tu paling mampu, satu lagu RM1. Ekceli banyak lagi kalau nak list kan tapi sampai ke besok tak masuk zaman seterusnya. kan? Ok next!

    Zaman Study

    Waktu ni aku dah matured (lah sangat!) sikit, makanya lagu pilihan pun lebih matang. Pui! Aku lebih prefer lagu moden dan latest. Tapi jiwang tetap ada cuma kureng sikit, depends on mood. Huhuhu... Sebabnya time ni aku dah mula belajar erti kehidupan. Eceh! Hehehe...

    • Kembali Pulang - Kangen Band
    • Yakinlah Aku Menjemputmu - Kangen Band
    • Buat Aku Tersenyum - Sheila On 7
    • Mengusung Rindu - Spin
    • Utusan Rindu - Spin
    • Sepenuh Hati - Spoon
    • Alasanmu - Exist
    • Akulah Kekasihmu - AXL
    • Aku Dia dan Kamu - D Va
    • Berdua Lebih Baik - Acha Septriasa
    • Lelaki Cadangan - T2
    • Memori Berkasih - Achik & Nana
    • Jangan Menangis Sayang - Safura & Oney
    • Salam Untuk Kekasih - Nadia
    • Benci Ku Sangka Sayang - Sonia

    See, dah mula mix lelaki dan perempuan. Dua-dua pun hadoo... Time ni dah pandai sebab tengah galak kapel, kononnnya romantik (lah sangat jugak!) nyanyi lagu berduet gituu... Pfft! Next...

     

    Latest

    Nowadays, taste aku pada lagu-lagu tetap sama. But aku lebih prefer lagu yang ada maksud. Maknanya yang kena dengan batang hidung dan current life aku. Hohoho! Selain tu aku suka karok lagu-lagu yang rancak, yang boleh buat aku goyang (kepala je), hentak kaki or gelek. Tudiaaa huduhnya anak dara ni ...

    • Sepi Sekuntum Mawar Merah - Ella
    • Setelah Aku Kau Miliki - Shima
    • Marah Bukan Sifatku - Newboys
    • Meraung - Newboys
    • Karma - Cokelat
    • Bulan Cinta - Amelina
    • Anak Dara - Amelina
    • Pengemis Cinta - Ella
    • Rama- rama - Ella
    • Ku Kunci Rindu Buatmu - Izzla
    • Tergoda - Mas Idayu
    • Nazra Ku - Spider
    • Cinta Dewa-Dewi - Spider
    • Taman Rashidah Utama - Wings
    • Sketsa Sebuah Cinta - May
    • Akan ku tunggu - Candy

    dan sebagainya... Ekceli lagu-lagu ni semua aku pilih ikut suka je. Main bantai je sedap tak sedap. Karok pun untuk suka-suka, bukannya nak masuk pertandingan. Janji puas, atleast dapat release tension. kan? Yang penting aku happy dan setiap orang selera lain-lain. So takyah nak banding-banding kalau suara  (saja kaitkan dengan title) macam katak kentut pun. Aik, tetiba ayat macam tak puas hati je. hahaha, nak balik tidur. Okebai!

     

    Suara aku masih rock. Yeyeah!
    Harini #PISA episod last. Mesti tengok! 
    Publish!
     
    THANKS FOR READING !

    6 comments:

    Leave comment yaww . . terima kasih :)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Copyright@juearel.blogspot.com/Hak Milik Kekal Junaida Johari