♥ FIKIR YANG BAIK-BAIK , CAKAP YANG BAIK-BAIK , SANGKA YANG BAIK-BAIK . INSYAALLAH DAPAT YANG BAIK-BAIK ♥

Pengikut Setia

Tinggal jejak anda untuk digodek semula ~

My Life Journey : KL here I come!

Assalamualaikum. 
Hye peeps! Salam Jumaat...

Malam ni 12:30am (malam ke?) dah nak gerak ke kl. Penuh sebijik bas dengan cucu cicit tok. Macam rombongan Cik Kiah gitu... Tapi ni rombongan Tok Maliah. Huhu... Rombongan pengantin harus lah ramai. ken? Ekceli dah lama tak jalan-jalan macam ni. Last dua tahun lepas waktu kenduri kahwin cousin aku kat terengganu. Weehu! Aku lah manusia paling excited masa tu. Menyampah pulak bila ingat balik. Buuu...


Semalam dah siap packing empat beg. Tinggal masukkan dua tiga helai je lagi. Aduhai sumpah penat ooi packing baju. Penat mencari, penat melipat, penat menyusun. Sat lipat sat bukak, sat bawak masuk sat bawak keluar. Tambah-tambah pulak jenis tak bagi kerjasama macam adik-adik aku. Kalau suruh cari baju sendiri memanjang tak jumpa. Mana nak jumpa nya kalau pergi tengok tapi tak cari. Rasa nak gigit orang je semalam. Haih 0_o'


Malam ni mesti tidur tak nyenyak sebab tak selesa. Dari dulu waktu duk ulang alik penang-terengganu pun aku tak tidur sampai ke pagi. Kalau tidur pun lena-lena ayam je, tu pun jenuh duk paksa mata suruh pejam. Sat sat jaga, sat sat tengok luar. Boleh bayang tak lapan jam keras dalam bas. Tapi demi cinta (lah sangat!) aku rela. Pfft! 


Aku ni badan je gedebab, chubby tapi tak tahan sejuk. Mengada-ngada kan? Selalunya aku akan sumbat stokin, sweater, minyak cap kapak, balm dengan towel kecik siap-siap dalam sling beg untuk guna dalam bas. Tak tahan ooi, dengan sakit kepala. Haiyoo!Tapi mujur aku bukan jenis mabuk bas. Tak pernah lah lagi muntah-muntah macam orang lain. Kesian aku nengoknya. Alhamdulillah aku masih dara. Bhahaha...


Tapi aku kalau part berjalan memang lowat sikit (banyak) . Awal-awal lagi aku dah buat checklist benda yang perlu aku bawak. Kalau boleh semua baju nak angkut sampai mak bising. Hahaha.. Yelah kan, nama pun perempuan harus lah over prepared. Perempuan kan dilahirkan lebih prihatin berbanding lelaki. Eceh! Pandai-pandai je buat fakta sendiri. Hehehe...


Ekceli at first aku malas nak follow sebab nak attend kenduri kak wan. Tapi hasil pujuk rayu cousin-cousin makanya berjaya paksa aku yang sekarang dah mula rela untuk ikut. See, betapa penting aku pada depa. Ala ala VIP gituu. Ngee... makanya wajib lah untuk aku beli kasut santekkk nak pakai kat sana nanti. Err, motif sangat i olls! Hiks...

Doakan semoga perjalanan kami semua selamat ye..  
Dan semoga aku jumpa abang baju hijau... mihmihmih ^_*
Adios!


 
THANKS FOR READING !

2 comments:

Leave comment yaww . . terima kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@juearel.blogspot.com/Hak Milik Kekal Junaida Johari