Selamat berhujung minggu semua ... Ingat lagi tak kisah disebalik 'buah pelam' dalam basi tak basi tu?
Alaa, entry yang banyak guna ayat keling tu. Kalau belum baca jemput-jemputlah kesana hendaknya...
Kejap, kejap gambar atas tu takda kena mengena ye, just sekadar hiasan. Tapi kalau nak kaitkan jugak boleh saja, sila kan... Tak marah, tak halang, tak kisah, ikut suka hang lah ! Hehehe...
Haaa, scroll down pulak ...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Okay, gambar atas ni baru ada kena mengena . Hah, apa kaitan dengan 'buah pelam' ? Sat naahh...
*sendiri tanya, sendiri jawab, itulah kehidupan sebenar blogger* Hehehe...
'buah pelam' pokok belakang rumah tok kalau tengok dari luar memang sangat awesome... meleleh air liur bagi penggemar buah-buahan yang totally tak sama macam aku. Sebabnya buah-buahan tu ibarat racun untuk manusia kurang Vitamin C macam aku. Harap maklum :D
'buah pelam' bila dikupas-kupas, dikopek-kopek, dibuang-buang kulit terjumpalah isi yang superb awesome, terserlah kuning perang. Macam resam buah jagung *eh, jagung buah ke?* O_o'
Buang kulit nampak bulu, buang bulu nampak isi, buang isi nampak batang
Percayalah resam 'buah pelam' dan jagung beza sebab pelam sangat hipokrit, belum tentu dia akan tunjukkan diri yang sebenar.
Ayat tok waktu tengah buat preparation berbuka last week
'buah pelam ni sama macam orang jugak, luaq kita tengok punya lawa, tengok dalam berkudis, busuk...' -Tok saya
Haa, faham tak maksud ayat tu? Maaflah kalau masuk kamus dewan pun belum tentu jumpa. Ayat orang-orang lama ni sebenarnya sangat mendalam. Sama-sama kita renungkan dari sudut positif dan negatif.
Aku cuma mampu senyum dan berkongsi dengan semua ^__^' Adios~
P/s : Tengah attend seminar part time job bersama sepupu di Gelugor.
0 000 orang godek-godek KESAH Eda ::
Post a Comment
Leave comment yaww . . terima kasih :)