♥ FIKIR YANG BAIK-BAIK , CAKAP YANG BAIK-BAIK , SANGKA YANG BAIK-BAIK . INSYAALLAH DAPAT YANG BAIK-BAIK ♥

Pengikut Setia

Tinggal jejak anda untuk digodek semula ~

Moment : Trip to Kelantan

Assalamualaikum

Cuti CNY lepas aku follow maksu n family ke kelantan. Planning nak ke langkawi tapi tak jadi, katanya sekarang angin kuat. Macam khabar angin je sebab ada je orang lain pergi dan selamat je bawak balek cokelat banyak-banyak. Hohoho, tapi aku tetap puas hati sebab dapat holiday. Alhamdulillah!

Bagi aku trip kali ni not so bad even agak bosan. Mana tak nya jejalan tak bawak geng so tak best sangat. Asyik berkawan dengan budak kecik mulut potpet tu je. Hahaha, poning kepala den melayan.

Ekceli entry ni dah draft dua hari lepas, hari ni baru publish sebab gambar tak complete. Ni pun aku letak mana ada je. Gambar ada merata cerok tak larat aku nak tunggu. Rasanya entry kali ni pun kawe bior gambor je berkata-kata deh. Lol!

P/s : Aku terpaksa selfie, mangsa untuk jadi cameraman tadak. Kesian -_-'


   

pagi sabtu aku semangat bangun pagi, pukul 05:30am dah masuk bilik air. Kalau ikut planning lepas subuh dah nak bertolak. Tapi macam biasa apa yang dirancang tak semestinya menjadi. Dalam pukul 8 pagi baru bertolak dari Sungai Petani. Ngeee... (melayu just tepat time nak berbuka puasa je. kan?)



11am kami sampai di puncak Banjaran Titiwangsa. Tak berapa sejuk sangat macam selalu. Just benti singgah toilet kejap dan tunjuk 'clift' kat budak kecik ni then teruskan journey ke Rantau Panjang. 

Maaf, gambar kat Rantau Panjang langsung tak sempat snap sebab kelam kabut kejar masa untuk check in. 
Btw, aku sempat rembat dua pasang baju dan dua helai tudung. Hehe.. Untuk mak aku belikan fry pan sebab price kat situ sangat murah kalau nak banding tempat lain. Hoho...



Kali ni kitorang pilih PCB Resort sebab tak pernah lagi stay chalet. Sampai kat PCB dalam pukul empat lebih (lambat dari waktu check-in) . Sumpah lemau seharian duk dalam kereta -,-' Tapi best dapat chalet menghadap pantai, fuh tenang gilaa.. Cumanya spoil sikit view situ sebab diorang letak batu besar. Katanya ombak besar naik sampai ke chalet.

Salah sehelai baju yang gua rembat kat Rantau Panjang. Singlet + baju RM28 only. 
Abaikan budak suka korek hidung pastu calit kat orang. Hahaha..
Rehat dalam sejam kat chalet kitorang gerak ke Pengkalan Chepa, rumah kak ana. Sembang punya sembang tak sedar dah pukul 9pm. Gerak ke Wakaf Che Yeh tapi alangkah spoilnya jalan bapak jem. So terpaksa pusing dan balik ke chalet jawabnya. Rugi rugi rugi...

Semangat nak check out.




Lepas breakfast kat chalet plan dalam pukul 9am nak check out but malang tayar pulak pancit. Adeh! So lepak sat kat parking tunggu paksu tukar tayar spare. Sempat jugak laa aku posing. See, senyum pun cover-cover gituu. Malu kut maksu tolong snap, so tak boleh nak buat aksi gila... kekeke...

Lepas check out terus cari kedai tayar, tu paling penting. Rupa-rupanya terkena paku. Nasib baik bukan sebab aku yang berat. Hahaha... 




Antara tempat kami singgah, Bazar Tengku Anis, Pasar Besar Siti Khadijah dengan Tapak Seni Kraf yang ada Muzium Diraja Kelantan kut. Tah, terlupa pulak, kelam kabut nak balik sebab paksu tak berapa sihat. 

Paling aku suka kat Kelantan ni rumah kat sana besar-besar. Pergh, aku tengok teruja je. Nampak macam kampung tapi rumah gedabak, mewah gilaa... Untunglaa orang kelantan. But tiap kelebihan ada kekurangannya. kan? Maaf cakap laa ek ore-ore kelate, kawe stress sikit sebab coverage kat sana asyik tak okay je. Sumpah rasa nak menyumpah-nyumpah je. Haih -,-'

Urm, untuk trip kali ni tahap kepuasan kureng sikit. Aku bagi 2/5 je sebab agak bosan. Kat bazar-bazar tu jual benda yang lebih kurang je, tak banyak yang menarik. Dan aku rasa kelantan ni sesuai untuk orang yang gilaa shoping dan banyak fulus. Macam aku yang cukup-cukup makan ni terpaksa lah tahan nafsu. Ngee..

Btw, aku tetap beli baju I   Kelantan untuk aku dan 'dia' . Siapa 'dia' biarlah rahsia. (sempat lagi menyelit soal hati dan perasaan. Haha) Sekian...

 
THANKS FOR READING !

10 comments:

  1. seronok nye dpt jln2 kelantan. bella g sana xsmpat nak g smua tempat. tp ade jgk brg yg mahal kat sana. ade jgk yg murah , kene pandai pilih =) tp coklat best beli kat pengkalan kubur

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul tu bella, kena pandai pilih.. banyak benda sama tp harga lain-2. kan?
      cokelat tak beli pun sb ada org belikan. heee

      Delete
    2. seronok la ade org belikan cokolat. hehee. bella mkn kat P.C.B tu mhal la. last year g kelantan =)

      Delete
    3. mang mahal pun bella. parang panjang, sumpah takmau makan dah situ.. haha..

      Delete
  2. untungnya dik...cik akak je tak gi mana-mana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak untung pun akak, rugi ada laa.. duet boliau.. hehe

      Delete
  3. jauh ne perjalanan eda...best nye...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. best tp bajet kureng jadi tak best. hee

      Delete

Leave comment yaww . . terima kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@juearel.blogspot.com/Hak Milik Kekal Junaida Johari