♥ FIKIR YANG BAIK-BAIK , CAKAP YANG BAIK-BAIK , SANGKA YANG BAIK-BAIK . INSYAALLAH DAPAT YANG BAIK-BAIK ♥

Pengikut Setia

Tinggal jejak anda untuk digodek semula ~

Persahabatan 3 segi

Assalamualaikum ♥ 

Selamat pagi semua! Pacta, pacta hari ni? Banyak kopek (kupas) nyok (kelapa) hari tu ? HAHA ! Btw kepada Cik Puan yang comel lagi kiut, sorry sebab buat cik tunggu. Eda ada je ni cuma 3 hari cuti makanya blog pun cuti. Hehe, maklum lah just harap ikhsan pc dan wifi opis. Lappy kat rumah lagi dua kali jumaat je nak arwah. Tak sangka pulak ada yang menanti kemunculan ku. Eceh, bajet macam retis (lah sangat!) . Ngeee ~~~

" persahabatan tiga segi "



Bertahun sudah ku menunggu diri mu akhirnya kau menjadi milikku... Tapi sayaaaangg (dengung saleem) ... 
eh, ingat cinta je tiga segi, persahabatan pun bersegi-segi tau. Contohnya persahabatan yang melibatkan nombor ganjil. Tiga orang, lima orang dan seangkatan dengannya. 

Selalunya persahabatan camni akan buat salah seorang rasa 'tersisih' . Pada mulanya mungkin kawan yang 'tersisih' tu macam okay je, macam 'cool' je like nothing happen. Tapi lama kelamaan mungkin kawan yang rasa tersisih tu akan rasa kecik hati dan terpaksa undur diri dari dua atau empat orang kawan dia yang lain. 

Contohnya...

kalau jalan nak pergi mana-mana dengan geng (tiga orang), yang dua orang kawan tu jalan berkepit sama-sama dan tinggalkan kawan yang ketiga tu kat belakang dan buat macam tak wujud je."

kalau lepak sama-sama kawan yang berdua tu asyik sangat bercerita tapi terlupa yang kawan ketiga tu ada sekali masa tu. macam tak wujud dan just jadi pendengar."

kalau ada secret kawan yang berdua tu just share sesama diorang. Bisik-bisik something depan kawan yang ketiga tu. Kalau tau pun, dia mungkin akan jadi orang terakhir tau."

Kebanyakan orang mungkin pernah alami situasi camni kan? Termasuklah aku. Hurm... Time tu akan rasa terpinggir sangat, rasa macam langsung tak diperlukan. Situasi ni kadang-kadang berlaku bila dua orang yang dah lama bersahabat tiba-tiba muncul watak ketiga. Lumrah, kehadiran seorang anak sangat dinanti-nantikan tapi kehadiran orang ketiga amat membimbangkan. Ye dak?

So, buat sesapa yang pernah alami situasi macam aku ni better slow talk dengan salah seorang kawan korang tu. Mungkin diorang tak sedar yang diorang dah sisihkan korang. Maybe lepas tu diorang akan cuba baiki cara diorang berkawan tu. Tapi bagi aku sebaiknya elakkan berkawan nombor ganjil. Memang tak salah kalau korang bijak menjaga hati kawan-kawan. Try berkawan dalam nombor yang genap so tadak lah isu tersisih, tersingkir atau terpinggir ni. 

Rindu sangat-sangat depa ni. T.T

Nampak perbezaan 'aku' di hujung?
Langsung tadak kena mengena dengan entry. HAHA!
Rindu SAM Meerkat.
P/s : Gambar sekadar hiasan.
Sekian.
 
THANKS FOR READING !

2 comments:

  1. hihihih...terase tak lengkap je idop kalau tak menjenguk blog eda ne...
    biase lah kalau persahabatan 3segi..kalau cik suke brsahabat ramai2..jadi takdelah rase tersisih.

    ReplyDelete
  2. fae ada 6 org kawan rapat masa kat uni. campur fae jadi 7. yea, angka ganjil..but so far Alhamdulillah we are doing good.

    ReplyDelete

Leave comment yaww . . terima kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@juearel.blogspot.com/Hak Milik Kekal Junaida Johari