♥ FIKIR YANG BAIK-BAIK , CAKAP YANG BAIK-BAIK , SANGKA YANG BAIK-BAIK . INSYAALLAH DAPAT YANG BAIK-BAIK ♥

Pengikut Setia

Tinggal jejak anda untuk digodek semula ~

Hari Minggu : Kenduri

Assalamualaikum

Macam biasa, setiap minggu ada cerita hujung minggu. Dan sekarang musim cuti makanya musim untuk kepap kepap kepap keboom keboom keboom keboom... Paham ke idok? So last weekend aktiviti aku just besarkan badan makan nasik kenduri.

Kami konvoi (bedal) tiga bijik kereta. Rush, accord dan peugout. Kami dah macam rombongan pengantin gituuu... berderet sepupu sepapat aku ja. Huhuhu...

"Nampak gigi adik tak?" Hehehe... Takut sangat nampak gigi burok dia tu.

First, kenduri rumah senior waktu hostel dulu. Mak dia kawan mak aku, ayah dia kawan ayah aku. Makanya wajib tunjuk muka.. lalalala...

Kenduri kedua rumah kawan ayah. Anak perempuan dia sebaya aku. Kecik-kecik kami kawan. Dah besar? Entah, lama tak bersua muka. Eceh!

   

Part paling aku tak suka waktu ni bila ayah mula kalut tanya "hang bila lagi?" . Cait geram pulak den dibueknyo. Kawen sorang-sorang ke ayah ooi?? Kenapa mesti tanya soalan camtu? Haih... susah jadi orang tak laku macam aku ni...

 

Ahad pulak aku langsung tak kenama-mana. Seharian duduk rumah teringat si dia sambil merenung masa depan. Wah, wah, wah kemain menipu. Hohoho.. Rasanya aku duk saja sampai ke malam hadap tb. kohkohkoh...


P/s : tu je gambar yang ada. Malas nak snap bila perut dah kenyang. Sekian.
 
THANKS FOR READING !

2 comments:

Leave comment yaww . . terima kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@juearel.blogspot.com/Hak Milik Kekal Junaida Johari