♥ FIKIR YANG BAIK-BAIK , CAKAP YANG BAIK-BAIK , SANGKA YANG BAIK-BAIK . INSYAALLAH DAPAT YANG BAIK-BAIK ♥

Pengikut Setia

Tinggal jejak anda untuk digodek semula ~

Kelam di Hari Jumaat. Semua benda nak hilang. APTB!

Bila kelam kabut semua benda nak hilang. Dan sebabkan tu masuk office terlewat. Nak dijadikan entry, hari ni aku bangun awal. Eh awal ke? Lebih awal sikit kut dari biasa. bhahaha... 

Sebabkan jumaat so memang niat nak berbaju kurung. Baju rasmi untuk aku si gadis ayu. Ewaaah... Jemput jemput muntah menonggek semua ya ya. Hahaha... Baju dah jumpa tapi si kain pulak missing in action. Puas menggeledah, hampir putus asa dibuatnya. Sabar... Saat-saat akhir baru nak muncul. Haih sabar jelaa...

Pastu cari tudung yang matching. Tudung tu pulak main cak-cak. Saja nak duduk lipatan bawah.Sabar lagi... Haih -,- Dah jumpa then mula lah sesi memakai si tudung. Sebelum nak guna mak kena lah pakai anak nya dulu kan? Macam pepatah selalu cakap "nak ngorat mak kena baik dengan anak dulu." Eh! Ada kena mengena ke? abaikan... lalalala~

Cari-cari si anak takda kat tempat biasa. Mengeluh siap-siap. Haih, sah anak tudung pun nak main hide n seek dengan aku pepagi buta. MasyaALLAH! Punggah pulak bakul baju dan ternyata rupanya si anak terjun masuk dalam tu. Sekali pakej kunci drawer office yang hilang semalam. Dalam hati, legaa...

Siap secomel yang boleh dan ready to go! Oh yeah... tiba-tiba purse takda dalam slingbag. Ya ALLAH! terduduk memikir kemana pulak aku letak. Check punya check rupanya emak tolong simpan. Terima kasih mak... ngeee~


Kesimpulan di sini, jangan kelam kabut nak buat something dan paling penting prepare seawal yang boleh. Make sure fikiran tengah tenang masa tu. Baru semua kerja jadi mudah dan cepat. InsyaALLAH! Eh, ada gaya motivater tak bertauliah. Weeee~



P/s : Harini closing date, pada yang claim mileage tu jangan lah kelam kabut sangat. Kesian pada tuan badan yang nak prepare cheque tu. Tak payah lah lima minit sekali nak mai tanya. Sabor jelaa... 
 
THANKS FOR READING !

2 comments:

Leave comment yaww . . terima kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@juearel.blogspot.com/Hak Milik Kekal Junaida Johari