♥ FIKIR YANG BAIK-BAIK , CAKAP YANG BAIK-BAIK , SANGKA YANG BAIK-BAIK . INSYAALLAH DAPAT YANG BAIK-BAIK ♥

Pengikut Setia

Tinggal jejak anda untuk digodek semula ~

Mimpi malam jumaat

Assalamualaikum

Semalam aku mimpi crush sekali lagi. Maybe sebab semalam stalker fb lama dia. 


Dalam mimpi tu aku dengan kawan nak keluar makan. Kali ni pun aku tak dapat detect siapa 'kawan' dalam mimpi aku. Suasana masa tu macam kat sekolah... ada kelas-kelas sedangkan masa tu kat tempat kerja. Pelik betul! Alaa, mimpi je pun... 

Masa tengah jalan aku nampak crush dalam salah satu kelas. Dia pakai uniform kerja SAM warna biru muda. Dia pun perasan aku kut. Entah... Dan macam biasa aku buat derk. Cepat-cepat ajak kawan turun ke tingkat bawah.

Masa kat tingkat dua kawan singgah toilet. Aku just tunggu kat koridor. Aku dengar suara orang dan bila pandang belakang,  nampak crush dengan sorang perempuan. Aku buat derk then nak belah pada situ. Peliknya kawan aku dah tak keluar langsung dari toilet. Watak dia mati kat situ... ehh! 

Masa gerak tu tetiba jumpa crush. Perempuan tadi pun dah hilang. Kami bukan jumpa, maybe terserempak je kut... Aku nak ikut kiri, dia ke kiri, aku ke kanan, dia pun ke kanan. Sebabkan geram aku pun pandang dia dan masa tu lah the best moment happen. Crush pandang mata aku dan senyum meleret... Melting gila aku masa tu. huhuhu... Dia cakap nak kemana? " aku malu dan jawabnak lalulah..." 

Dan masa tu jugak aku sedar dari tidur. Bila tengok jam, baru pukul tiga pagi. Aku senyum je bila ingat mimpi tu. Cepat-cepat update status fb "Mr crush baru senyum kat saya tadi "


This is the second and last time mimpi dia maybe. Kalau boleh aku dah taknak harap pape. Lagipun aku tahu dia dah bahagia, biarlah dia jadi someone yang setia. Even he's not with me, wishing the best things for him might be better. kan?

#first time dream
 


THANKS FOR READING !

0 000 orang godek-godek KESAH Eda ::

Post a Comment

Leave comment yaww . . terima kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@juearel.blogspot.com/Hak Milik Kekal Junaida Johari