Jangan ajar saya jadi kurang ajar !
Semalam isnin, harini selasa, kelmarin ahad, haritu sabtu. Yaa, sabtu malam ahad *malam minggu*. Apa yang jadi? Hurm, macam ni kisahnya... Kenangan aku kelmarin waktu beli barang-barang raya yang mulanya macam sweet-sweet tetiba transform kepada macam harem . Hurm...
Ekceli lepas aku dan adik settle beli barang malam tu kami terus gerak pergi parking. Sampai-sampai je kat situ aku pun cepat-cepat laa masukkan barang yang agak banyak dalam bakul motor.
Tengah susun barang tetiba kereta depan undur dan terlanggar motor aku. Mula-mula tu aku relaks, maybe tak sengaja dan tak perasan aku kat belakang kut *ayat sedapkan hati, malas nak amek port sangat*
Ternyata aku salah okay, makin dibiar makin berkali-kali pulak dia langgar motor aku sampai nak terbalik. Time tu dah nak mendidih sikit tapi maintain cool lagi. Pakcik-pakcik yang ada kat situ pun tolong bagi signal kat dia yang aku ada kat belakang tapi boleh pulak buat derk je, haa langgar lagi...memang aku suka motor aku jadi bumper car kan... pui!
Aku pun mula lah gelabah, dah taktau nak buat macam mana aku ketuk laa belakang kereta dia. Tak kuat pun, just nak bagi signal yang aku kat belakang ni and biar aku ubah dulu motor...
Tiba-tiba nah muncul dua ekor singa betina datang serbu aku, terjerit-jerit macam orang gila b**i.
Singa dua (adik) : hang pasaipa ketuk-ketuk qeta? *sambil dukung anak singa*
Aku : Saya nak bagi tau saya kat belakang. Sebab tu saya ketuk.
Singa dua : Awat, sebab motor hang PLB hang nak belagak ah.
Aku : *motif nak libatkan plat no* Dah tu duk langgaq-langgaq motor saya takkan saya nak diam. Kalau motor saya buruk pun saya marah aih orang mai langgaq.
Orang ramai semua dah start pandang kami sebabkan mulut jahanam depa tu.
Singa satu (kakak) : Hang nak parking tak pakai otak ka? main parking suka hati ja, depan belakang ada motor. Tadi aku masuk kosong ja. *memang laa kosong sengal, tu tempat motor hang parking buat pa!*
Aku : Saya baru keluaq ja mana saya nak tau.
Singa satu : bulan-bulan posa ni aku takmau gaduh dengan orang tapi hang saja nak bagi aku bergaduh.
Aku pandang dia atas bawah, rambut pendek berkarat, badan keding macam tiang lampu pastu pakai short pen tight. Tau pun bulan puasa tapi pakai macam tu tak fikir pulak bulan puasa kan??
Singa satu : Lenkali nak parking pakai otak, jangan main letak ja...
Aku : *confuse, salah aku or dia?, herr* Okay saya takdak otak, takpa takpa terima kasih. Keluaq laaa...
Singa satu : hang pasaipa? *agak bengang disitu*
Aku : Takpa terima kasih, keluaq-keluaq...
Singa satu : Dak hang laani pasaipa? *makan dalam dengan ayat aku yang penuh cool tu. buuu..*
Aku : tadi nak keluaq kan, keluaq laa... *mula nak meneran*
Aku try tahan sebab fikir malu dan aku bertudung, kalau aku lawan aku sama macam depa.
Singa satu : Awat, hang nak saman aku? Takpa nanti aku suruh laki aku settle.*kesah pulak aku dengan laki kau*
Aku : Ada saya cakap macam tu ka?
Tetiba ada abang dan pakcik kat situ mintak aku ubah motor tu, aku tau niat depa tu baik dan taknak tengok aku kena hentam lagi. Aku pun ubah cepat-cepat. Singa 1 pun dengan belagak tahap biawak masuk kereta then reverse, singa dua tunggu kat luar.
Tapi sebelum singa satu gerak aku dengar dia tanya singa dua aku ketuk kereta dia dengan apa. Then singa betina mulut macam ser tu pandai-pandai je cakap aku ketuk guna helmet. Terjadi lagi ayat balas-membalas. aku memang pantang kalau aku tak buat orang tuduh-tuduh...
Aku : Eh, saya ketuk dengan tangan ja nah. Saya tak guna helmet pun, helmet saya bawah seat lagi.
Singa dua : Hang gila, hang gila? *rasa nak tarik-tarik je rambut dia* Ada aku cakap hang ketuk dengan helmet ka?
Aku : Alaa, saya dengaq laa duk sebut helmet-helmet. Awat, nek qeta pakai helmet ka?
Singa dua : Hang gila ka, hang gila ka? *duk terjerit macam babun kat situ, meluat aku!*
Balik tu memang aku bengang gila, sesuai laa pakaian dengan sikap depa tu. Adik dan kakak serupa. herrgh, benci aku! Pape pun aku tunggu je kalau dia nak saman aku, memang aku nak jumpa lagi beruk dua ekor tu. Berani kerana benar... kan? pape pun alhamdulillah aku masih boleh cover maruah aku sebagai seorang perempuan bertudung dan thanks buat pakcik-pakcik dan abang-abnag yang defend aku.
Depa belum tengok perangai sebenar aku, nasib baik je tak kena baling dengan helmet. kalau depa bagus sangat takde laa orang kat situ geleng-geleng tengok sikap diorang tu. Renung-renungkanlah...
THANKS FOR READING !
Copyright@juearel.blogspot.com/Hak Milik Kekal Junaida Johari
0 000 orang godek-godek KESAH Eda ::
Post a Comment
Leave comment yaww . . terima kasih :)