♥ FIKIR YANG BAIK-BAIK , CAKAP YANG BAIK-BAIK , SANGKA YANG BAIK-BAIK . INSYAALLAH DAPAT YANG BAIK-BAIK ♥

Pengikut Setia

Tinggal jejak anda untuk digodek semula ~

kami nak kurus dan sihat - Part 2

 
Salam pagi Isnin semua ...
 
 
Asal isnin jea pagi, asal pagi je mesti isnin . Kenapa isnin yang disalahkan? Kenapa tak pagi je? Hahaha. Tolong salahkan monday sick sampaikan tersasar daripada haluan sebenar. Tudiaa ayat, 'tersasar' tuu . Pui!

1,2,3,4 .. Kita lari, lari lari , laju lagi ! Bajet tentera tengah training kut . Haha, itu semua poyo . Ingat lagi kegigihan kami yang nak kurus ? tengok sini. Yuuhuu, semalam berjaya jugak kami teruskan usaha untuk kurus.

Kali ni idea Cik CT kita, kemaen semangat lagi call Eda and Kak Hanie ajak pergi jogging . Kesian Encik tunang dia , dah laa baru lepas excident terpaksa jugak laa teman tunang dia yang kiut-miut tuu . Haha .

Urm, tapi nasib baik jugak laa depa-depa ni ajak Eda, dapat jugak laa lupakan sat masalah 'jiwa' . Macam tau-tau je time tuu kepala Eda ni memang serabut . Boley bayang menangis-nangis sambil bawak motor? Aiyok , tempias habis ayaq mata masa tuu. Ngee :D

Sampai-sampai je kat situ Cik CT dah siap tunggu dengan Encik tunang dia, kali ni Eda dengan Kak Hanie terlambat sikit . Janji 5.30 pm tapi sebab kan perut Eda yang tiba-tiba rasa nak membuang terpaksa laa delay sat flight . Hahaha ... Psst, psst Cik CT dah lepas seround kut , jealous baq hang !

  

Last-last Eda dengan Kak Hanie just jalan , tapi kali ni kami naik sampai atas bukit, macam hiking laa jugak . Tu pun dah berpeluh-peluh, kira ok la tu keluar peluh jugak kan ? Tak payah nak lari-lari pun dah sihat. Ye dak ? View kat atas bukit tu cantik laa jugak, sempat jugak kami 3 orang menggedik-gedik posing atas tuu.

Candite yang sebenar.

   

Pandai sungguh kakak-2 ni posing . Haha~

Masa jalan-jalan tu dapat jugak laa kami belajar macam-macam , Contohnya, kelulusan-kelulusan bagi buah durian mengikut gred. Kak Hanie cakap 'buah-buah ni pun ada kelulusan diploma, ijazah, master macam kita jugak' . Ngee , pandai kan kamu ! Hehe.. Ada sesetengah buah yang langsung kami tak pernah dengar, kesian jakun kan kami ? Hahaha .

Cik CT tak habis-2 ajak buat gwiyumi . 


Macam biasa, lepas dah keluar kan peluh kami pun just gunakan alatan exercise kat situ , semua benda kami nak try walaupun ada certain-certain yang kami sendiri tak tahu nak guna pun sebenarnya. Main redah je, bak kata Mr Crush ' Suka buat kepala tau! ' Hahaha , ah pedulikan tu semua asalkan kami bahagia . 




Niat nak stay lama kali ni tapi Encik tunang Cik CT ajak balik, yela kan orang tak sihat lagi pun ada saudara dia datang melawat kat rumah . So, cukup sejam kat situ kami pun move balik . Tapi Eda dengan Kak Hanie sempat lagi melencong ke Sungai Ara , saja laa nak jalan-jalan. *Psst, psst padahal saja nak lalu area rumah BF Kak Hanie a.k.a area rumah Mr Crush :D . Konon laa kan nak singgah kedai beli air, motif sangat! tapi agak bangga sikit laa bila tauke kedai tu puji kitorang rajin pergi joging. Ngee ;D 


Ok, sekian . Kalau nak tau kami berjaya atau tak untuk kurs, follow story seterusnya ok . 
*Psst, psst doakan kami kurus !

THANKS FOR READING !

0 000 orang godek-godek KESAH Eda ::

Post a Comment

Leave comment yaww . . terima kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@juearel.blogspot.com/Hak Milik Kekal Junaida Johari